Monday, September 12, 2016

Harum Malam, minuman tambahan untuk kaum hawa.


Korang tahu tak tentang produk Harum Malam? Tahu tak apa fungsi dan siapa yang patut amalkan produk Harum Malam ni? Sejujurnya aku selalu je dengar tentang produk Harum Malam ni. Kira nama Harum Malam ni selalu disebut orang. Tapi aku tak pernah nak ambik kisah pun sebab mind set aku fikir bahawawsanya produk Harum Malam ni merupakan produk untuk wanita yang dah berkahwin. So aku fikir takde keperluannya untuk gegadis macam aku ni nak ambil supplement macam tu. Sehinggalah baru-baru ni aku diminta untuk mencuba produk ni bagi tujuan review di blog. Pada awalnya i was like "Err, boleh ke? Bukan produk ni untuk orang dah kahwin ke?". Then aku siap tanya kawan aku, tapi dia pun tak pasti. So aku buat some study about this product dekat google. Rupa-rupanya produk Harum Malam ni bukanlah untuk golongan yang dah berkahwin sahaja. Kebaikan dia banyak, juga sesuai diambil oleh wanita yang belum berkahwin. Kiranya Harum Malam ni merupakan minuman tambahan untuk kesihatan para wanita. Jangan tahu nak jaga kecantikan luaran sahaja, dalaman juga perlu dijaga dari awal lagi. For kesihatan jangka masa panjang orang kata.


Harum Malam merupakan supplement dalaman yang mewangikan tubuh sepanjang masa. Ia membantu menyihatkan dan mencegah bau badan, dismaping mencegah masalah dalaman wanita, memberi tenaga  dan menambahkan stamina untuk aktiviti harian. Diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba lain seperti sireh, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, strawberi, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria lobata, pueraria mirifica dan senna yang dapat mengatasi bau kurang enak dari tubuh. Harum malam sememangnya produk yang harus diambil oleh semua wanita zaman kini. For your information, produk Harum Malam ni dah lebih 7 tahun dalam pasaran.


Golongan yang sesuai mengamalkan pengambilan Harum Malam :
  • Wanita yang sudah berkahwin
  • Wanita yang belum berkahwin
  • Wanita yang sedang berpantang
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Wanita yang berusia 50 dan ke atas
Note : Wanita mengandung tidak digalakkan mengambil Harum Malam.

Antara kelebihan mengamalkan produk Harum Malam :
  • Meredakan panas badan
  • Menegangkan payudara
  • Merapatkan semula rahim dan pangkal rahim
  • Menaikkan seri wajah
  • Menyihatkan dan menyegarkan tubuh badan
  • Menghilangkan bau yang berbau dan juga gatal-gatal di kawasan vagina
  • Menyihatkan rahim
  • Mengatasi masalah keputihan yang berlebihan serta berbau
  • Mengatasi masalah vagina yang kering
  • Menambahkan keharmonian antara suami dan isteri
  • Membantu mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan sistem ketahanan badan dan juga hormon

Cara pengambilan :
Pagi : 1 sudu sebelum sarapan
Malam : 1 sudu sebelum tidur


For those yang nak tahu lebih lanjut tentang produk Harum Malam ni, boleh tengok testimoni dekat website / facebook / instagram :


Millennial Gen Sdn Bhd 
Facebook : (Kelab Ibu Cantik - Millennial Gen) 

Monday, August 22, 2016

Realash, harapan baru untuk si bulu mata pendek.


Baru-baru ni ada satu bungkusan yang sampai kat ofis. Excited betul nak bukak tengok, tapi lately ni kat ofis memang busy sikit. Banyak kerja. So takpelah, tunggu bukak kat rumah jela. Bila dah balik penat-penat, terus lupa nak bukak tengok. Dah beberapa hari baru berkesempatan godek-godek kandungan dalam kotak tu. Padahal sebenarnya dah tahu dah produk apa dalam kotak tu. Cuma ini kali pertama nak guna produk ni, so agak teruja nak tahu macam mana rupa benda alah ni, macam mana nak pakai. Boleh agak tak produk apa? Haha, well kalau dah teruja cenggini, haruslah produk kecantikan. Tak gittew?


Tadaaaa! Product from Realash. For those yang tak tahu, Realash ni merupakan brand kosmetik yang berasal dari France dan dah berjaya menempa nama dia 35 buah negara di seluruh dunia. Realash Cosmetics menghasilkan formula berkesan bagi mempercepatkan pertumbuhan bulu mata dengan cantik dan sihat. So far terdapat dua produk yang dikeluarkan dibawah jenama Realash iaitu Realash Eyelash Enhamcer dan Realash Brow Conditioner. 


Bagi yang dah dilahirkan semulajadi bulu mata dah cantik lentik dan panjang, kening pun cantik terletak, maka syukurlah korang takyah pepenat nak struggle make up bagai. Tapi as for me yang sah-sah pure malay dan muka biasa-biasa sahaja, makanya haruslah berusaha lebih untuk tampil cantik. Barulah suami sayang, tak gittew? Eh lupa pulak, belum ada suami. Kekeke.


Aku ni sejak dulu memang bukan jenis kening lebat. Dah la tak lebat, pastu kening macam tak tersusun. Kalau perhati muka sendiri pepagi time mekap, boleh perasan kot kening aku macam tinggi sebelah. Wakaka, apakah ini. Kening tinggi sebelah. Sadis betul! Penat tau nak adjust pakai brow definer supaya tak obvious. Tak sabar nak guna Realash Brow Conditioner ni, mana tahu boleh perbaiki struktur kening sendiri. 


Pasal bulu mata pun satu hal. Kadang aku tak paham, bulu mata sesetengah lelaki jauh lebih lebat dan panjang serta lentik berbanding aku yang perempuan ni. Jealous betul aku dengan anak-anak sedara aku sebab bulu mata dorang lentik dan panjang. Like seriously, aku ni ibarat takde bulu mata kalau tak pakai mascara. Bulu mata sikit sangat dan pendek gila. Pakai mascara kalau kena tekniknya, baru la nampak ada sikit bulu mata ni. Maaf, bukan niat aku nak merungut dan tak bersyukur dengan ciptaan Ilahi. Tapi sebagai manusia ni, kita haruslah sentiasa berusaha untuk tampil lebih yakin dengan diri sendiri. Gittew. 


So far baru around seminggu aku guna Realash ni. InshaAllah nanti bila dah genap sebulan aku guna benda alah ni, aku akan share lagi pengalaman aku setelah amalkan penggunaan Realash ni. Aku tahu ramai yang kat luar sana tu yang mengalami masalah macam aku pasal bulu mata dan kening ni. Stay tuned gaiss! Kalau rasa tak sabar nak tunggu aku share pengalaman aku lagi sebulan, korang rajinkanlah diri usha website Realash ni dulu. 

REALASH COSMETICS


Monday, August 8, 2016

Outlet pertama Street Churros dibuka di IOI City Mall, Putrajaya.


Sekitar tahun lepas rasanya Churros mula femes kat Malaysia ni. Pakat duk upload gambar churros kat Instagram, Facebook, etc. Dan aku ingat lagi betapa gigih kakak aku google resepi Churros, dan cuba buat sendiri kat rumah. Bila dah siap, dia cakap "Laaa, rasa dia macam kuih cakoi je pun. Ntah-ntah memang benda sama kot, nama je berbeza". Churros yang kami buat macam lembik sikit, tak crunchy. Tapi aku macam tak puas hati. So tak lama lepas tu masa jalan-jalan kat mall aku ternampak ada kiosk jual Churros. Makanya aku beli, dengan harapan nak tahu rasa Churros yang sebenar. Hampeh, lebih kurang macam yang kakak aku buat jugak. 


Kat Malaysia ni biasa orang makan Churros untuk minum petang, atau sebagai kudap-kudapan bila lepak dengan member/family. Last week ada satu kedai Churros yang baru dibuka di Ground Floor IOI City Mall Putrajaya iaitu Street Churros. Ini merupakan outlet Street Churros yang pertama di Malaysia. Kiranya Street Churros ni baru nak bertapak di Malaysia. Kalau kat Korea, memang femes brand Street Churros ni. Brand Street Churros ni memang berasal dari Korea Selatan.




Terdapat tiga jenis Churros dengan variasi perasa yang berbeza dijual di Street Churros, Hidangan memang fresh la, customer order baru dorang buat. Bukan frozen punya Churros ye. Yang penting Churros kat sini crunchy di luar, lembut di dalam. Gitteww, baru aku tahu nikmatnya makan Churros yang sedap. Before ni duk try yang tak crunchy, kekeke.



Original Churros

Original Churros ni berbentuk horseshoe dan didatangkan dalam tiga perasa yang berbeza. Cinnamon, Cheese dan Chocolate. Aku bukan penggemar Cinnamon, tapi aku cukup suka yang coklat dengan cheese tu. Makan Churros ni takleh kongsi, nanti tak cukup. Wakaka tamak! Harga bagi aku cukup reasonable - RM4.90 sahaja.



Filling-Chu

Churros yang ni kat bahagian dalam dia, dia taruk filling coklat, blueberry, dan cream cheese. Aku cukup teruja tengok Churros yang ni. Nampak menarik sebab ada flavor kat dalam tu sesiap. Hahah. Filling Chu ni berharga RM7.90 setiap satu.



Ah-Chu

Gabungan Churros dan aiskrim yang dilapisi topping. terdapat tiga jenis topping untuk dipilih iaitu Choco Choco, Choco Berry dan Strawberry. Kalau taknak topping pun boleh jugak, cakap je nak yang plain. Boleh dapatkan Ah-Chu ni dengan harga RM7.90 bagi yang plain, dan RM8.90 bagi yang ada topping. 



Yang ni Caramel Macchiato.


Komen aku? Pada awalnya aku paling tertarik pada Filling-Chu. Ah-Chu pulak aku tak berapa tertarik sangat sebab ada aiskrim, so aku assume aiskrim dia tu manis sangat. Aku kurang gemar makan aiskrim yang terlampau manis. Tapi bila aku try sendiri Ah-Chu perisa Choco Berry, jatuh cinta terus. Sedap weyh aiskrim dia, dan takde la over manis sangat. Masih boleh diterima. Next time ke sini, wajib aku beli lagi Filling-Chu dan Ah-Chu. Terbaikk!



Street Churros


Thursday, July 28, 2016

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.



Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat dekat dewan. Especially kalau yang tinggal di rumah seperti apartment dan kawasan perumahan yang tidak mempunya halaman yang cukup luas untuk diadakan majlis-majlis sebegitu. Cliche sangatlah wedding dekat dewan ni. Hari bahagia kita, tentunya mahukan suasana yang berbeza, tak gitu? Kalau aku sendiri pun seboleh mungkin aku tak mahu perkahwinan dekat dewan sebab suasananya yang agak kurang selesa (bergantung juga kepada dewan macam mana yang kita sewa). For sure lagi selesa kalau wedding dibuat di rumah. Selesa for both tetamu dan tuan rumah. Tapi rumah sendiri sempit dan tak sesuai untuk wedding! Camne?



Don't worry. Sekarang ni nothing is impossible. Nak cari pakej wedding yang nampak eksklusif tapi dengan pakej mampu milik, tentu sekali boleh. Boleh buat wedding dekat villa dengan pakej lengkap dari A-Z serendah RM19.5 ribu, atau wedding di banglo dengan pakej RM24.5 ribu. Mudah dah sekarang, tak payah pening-pening arrange sendiri sewa tempat, cari catering, cari photographer bagai. Semua pihak diorang yang uruskan. I am talking about The Wedding Heritage. The Wedding Heritage merupakan team event management yang membantu pasangan mempelai untuk melangsungkan majlis perkahwinan mampu milik di Villa atau Banglo eksklusif dengan pakej perkahwinan lengkap.







Pihak The Wedding Heritage (TWH) menyediakan dua pilihan lokasi untuk majlis korang iaitu sebuah banglo di Damansara atau Villa di Ampang. So far ada dua lokasi ni. Untuk masa akan datang, tak mustahil pihak The Wedding Heritage akan tambah lagi lokasi lain. Untuk majlis perkahwinan, pakej yang ditawarkan memang dari A sampai Z. Tak payah nak pening-pening kepala dah.

Pakej Perkahwinan di Banglo, lokasi Damansara :

Pakej Perkahwinan di Villa Ampang :


Walaupun namanya The Wedding Heritage, tapi event yang mereka kendalikan bukan sahaja berkaitan perkahwinan. Selain majlis resepsi perkahwinan, villa dan banglo milik The Wedding Heritage ini juga sesuai dijadikan lokasi untuk majlis lain seperti sambutan hari lahir, open house, ifthar, product launching, majlis aqiqah, sidang media, majlis makan malam, reunion, dan seumpamanya. 





Antara hasil mekap oleh makeup artist yang bekerjasama dengan TWH

Menarik pulak rasanya konsep wedding yang diketengahkan oleh The Wedding Heritage ni. Yela, bosan jugak wedding asyik buat dekat dewan aje. Kalau dapat ambik pakej dari TWH ni untuk wedding aku nanti cun jugak. Chewahhh, macam dah tak lama je gayanya kan wakaka. Padahal entah bila dan entah dimana jodoh aku sekarang. Tengah bercinta dengan orang lain ke? Atau selama ni memang sedia ada depan mata tapi aku yang tak nampak-nampak. Haha entahla nak, malas pulak nak fikir. 

Untuk info dan maklumat lebih lanjut tentang pakej yang TWH tawarkan ni, boleh jenguk-jenguk Website, Facebook dan Instagram mereka.

THE WEDDING HERITAGE
Contact Number : +6017 916 1150 (Asyraf)
Instagram : @theweddingheritage

Monday, July 25, 2016

Rangkaian penjagaan wajah Dr Irma.



For those yang follow Instagram dan Facebook aku, kalau korang perasan aku ada share gambar produk skincare Dr. Irma a few times. Before ni seriously aku tak pernah dengar tentang brand ni. Baru-baru ni je aku diperkenalkan dengan produk Dr. Irma ni, Perkara pertama terlintas kat fikiran aku bila dapat produk ni ialah pasal packaging dia. Nice! Color black and gold.



Rutin penjagaan wajah dengan Dr Irma skincare ni ada tiga langkah sahaja for now. Dimulakan dengan cleanser, diikuti Serum dan seterusnya Foundation. Cara penggunaan pun semudah ABC. Jom kita go through satu eprsatu dulu rangkaian produk Dr Irma ni.

RADIANT WHITE CLEANSER - RM 65 / 100ml


Teksture pencuci muka yang sangat lembut ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Selain membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kulit, cleanser ni turut bagus untuk mengawal sebum, mengecilkan liang pori, memberi lembapan optimum, mencerahkan pigmentasi, memutihkan kulit dan memperbaiki tekstur kulit. Ianya juga meransang pembentukan sel-sel kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal.


RADIANT WHITE VITAMIN C SERUM - RM 89


Ia adalah serum vitamin C dan diperkaya dengan aloe vera yang menenangkan bertujuan untuk pemutihan kulit, menyembuhkan kulit berjerawat, megurangkan pigmentasi dan parut, mengurangkan pengeluaran minyak muka yang berlebihan, menghidrasi kulit, menghilangkan kedutan halus dang menganjalkan menegangkan kulit seawal 3hari.

DR. IRMA menggabungkan pati bunga dan tumbuhan dari alps, himalaya dan mediterranian yang mempunyai kuasa antioksidan yang poten, menggalakkan pembentukan kolagen, mempercepatkan penggantian sel kulit mati dan merawat serta mencantikkan kulit. Di tambah dengan gabungan “essential oil” yang unik untuk perawatan kulit maksima.

Serum ini mempunyai haruman sejambak bunga yang eksotik dan boleh digunakan sebagai serum siang dan malam. Bila diguna bersama WHITENING BB SERUM FOUNDATION, anda akan lihat hasil yang menakjubkan.

Cara pemakaian, tekan penutup botol serum dan corong serum akan diisi dengan serum yang cukup untuk sekali aplikasi. Titiskan terus pada dahi, hidung, pip dan dagu dan usaplah perlahan lahan secara membulat hingga serum diserap masuk.


WHITENING BB SERUM FOUNDATION - RM 98

Serum + bedak asas berasaskan air dengan pelindung matahari spf35++, ia dirumus untuk semua jenis kulit dan menaikkan seri semua warna kulit. Serum ni mudah di sapu dan cepat meresap ke dalam kulit. Boleh tahan around 12 jam pada wajah, tak payah nak touch-touch lagi dah. WHITENING BB SERUM FOUNDATION ni kita guna lepas cuci muka dan lepas pakai serum. Boleh di sapu dengan sapuan tangan. Titikkan pada dahi, pipi, hidung dan dagu dan ratakan menggunakan jari. Ataupun untuk sapuan lebih rata, boleh gunakan buffing brush untuk meratakannya.


Ianya mengandungi likoris, vitamin C dan pati buah terkonsentrasi yang terbukti mencerahkan kulit dan pigmentasi seawal 3 hari, ia merawat jerawat yang membengkak dan jerawat pasir seawal 24jam dengan megeluarkan whitehead dan blackhead secara aktif. Kandungan kolagen dan stem sel epal yang diimpot dari France akan membaiki tekstur kulit, mengurangkan kedutan halus dan menganjalkan kulit. Prorduk ini juga mengurangkan kulit berminyak dengan mengurangkan pengeluaran sebum sekaligus mengawal kulit berjerawat. Untuk kulit kering, ia akan memberikan hidrasi yang optimum untuk melembapkan kulit sepanjang hari dan kekal setelah serum foundation ini dicuci.


DR IRMA SKINCARE
Contact no : 0189867511